Monday, 1 September 2014

Hikmah Hidup Berpoligami



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.......

   Terima kasih admin ucapkan kepada semua yang sedang atau telah mengunjungi blog ini....sememangnye saye masih lagi belajar di sebuah institusi pengajian awam di Malaysia...hmmm,untuk pengenalan boleh panggil saya Aziq...Untuk permulaan blog ini,saya mulakan dengan isu POLIGAMI....Pasti anda semua sudah sedia maklum dengan poligami kan ??? Poligami ini juga lebih dikenali sebagai HIDUP BERMADU...

   Perempuan adalah individu yang paling takut bila ISU POLIGAMI ini diutarakan oleh para suami.kenapa? kalau ikut logik akal pun,admin tahu mana ada perempuan yang suka hidupnya dimadukan dengan wanita lain.hikmah?wanita pasti berprasangka bahawa bermadu boleh membawa bencana .tak gitu para wanita?Poligami ini tidak salah,malah ia diHARUS kan atas sebab-sebab tertentu.. boleh berpoligami jika seseorang lelaki itu boleh membawa keadilan kepada para isterinya dan mampu menjaga kebajikan tanpa ada sebarang ketidakadilan akan berlaku..disini suka admin kongsikan satu artikel yang admin nyatakan sumbernya..jom baca bersama-sama ye.

   Islam sememangnya menggalakkan berpoligami bukanlah tanpa untuk melepaskan nafsu serakah semata,tetapi poligami mempunyai tujuan untuk kepentingan sertakesejahteraan umat islam itu sendiri.

Antaranya :-
   
Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan. - 

 Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak.  Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, “Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baikdari wanita-wanita cantik yang mandul.”


Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza.  Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan. Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.

Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahu pun janda. Dengan adanya  poligami diharapkan   janda-janda   akibat peperangan itu dapat   diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna.  Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua  yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.

Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit.  Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.

Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya.  Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab.  Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.

Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya.  Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak  hasil pernikahan yang sah.  Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.

Dengan keterangan-keterangan di atas,  jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk keselamatan umat Islam seluruhnya.  Islamjuga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT)mengingatkan,  tanggungjawab mereka bukanlah mudah.  Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya.





















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































2 comments:

  1. Pokies for Sale in Oklahoma | Casino Near Me
    Pokies for Sale 가입머니 주는 사이트 is a casino 스크릴 near slot 뜻 you in Oklahoma that Titanium Tube has over 로투스 바카라 4,000 registered players, offering a wide variety of slots, table games, and keno tables

    ReplyDelete
  2. Situs Judi Slot Online & Judi Bola Sbobet - JamBase
    Judi bola Sbobet sebagai situs 성남 출장마사지 judi online, slot online, poker online dan bandar judi bola dengan permainan slot online terpercaya.Provider Slot Terbaik: Pragmatic Play, 안동 출장샵 Slot88, 인천광역 출장안마 Metode Deposit: Transfer Bank, Gopay, OVO, Minimal 남양주 출장마사지 Deposit: 20.000 IDRProvider 충청북도 출장샵 Favorit: Pragmatic Play, Slot88,

    ReplyDelete